
Khas untukmu Rendra...
dari Kota Singa menuju ke Solo Selatan
coba mencari jawapan kehidupan yang tenang
namamu Rendra akan terus menjadi sebutan
pengorbananmu pula akan sentiasa dikenang
kehidupan yang tenang fantasi belaka
bermurung, gelisah penuh masalah
walaupun kau pernah meringkuk di penjara
tidak pernah kau mengalah dan menyerah
selagi dunia tegap berdiri bersama
selagi itu tiada akhir bagi semua
sememangnya semangatmu akan dipuja
kerna tidak akan mengerti tanda noktah

1 ulasan:
Pada pendapat saya, selagi seorang sasterawan itu masih hidup, patutlah kita menghargainya walaupun secara realiti sasterawan itu berkarya bukan kerana nama atau status.Ini sebagai tanda bahawa apa yang diperjuangkannya atau dihasilkannya dihargai oleh masyarakat. Saya rasa tidak logik sekiranya penghargaan tersebut diberi setelah dia meninggal dunia. Inilah yang berlaku terhadap contohnya P.Ramlee, di dalam perindustrian perfileman Melayu.
Catat Ulasan